Konvoi teruskan pelayaran, keadaan kembali terkawal – Farah Lee

PESERTA Global Sumud Flotilla (GSF) memaklumkan keadaan konvoi itu kembali terkawal dan meneruskan pelayaran ke Gaza, serta meminta orang ramai kekal tenang susulan laporan mengenai gangguan dialami misi itu.

Aktivis kemanusiaan, Nurfarahin Romli, 32, atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, berkata meskipun terdapat gangguan sistem komunikasi pada satu daripada kapal yang menyertai pelayaran itu semalam, namun insiden itu berjaya ditangani dan kapal GSF kini meneruskan pelayaran bersama-sama seperti biasa.

“Keadaan di sini tenang saja. Kami ingin mengajak semua untuk sentiasa tenang. Ini bukan untuk menakutkan atau mendebarkan (orang ramai), tetapi untuk memaklumkan keadaan sebenar di sini,” katanya menerusi hantaran video di media sosial.

Farah berkata, semua peserta misi mendapat latihan mencukupi merangkumi aspek fizikal, emosi, mental, undang-undang dan media sebelum belayar bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jangan risaukan kami, tetapi tetap doakan rakyat Gaza dan juga mereka yang ditindas di seluruh dunia,” katanya.

Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang juga sebahagian daripada aktivis dari 45 negara yang belayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan terhadap wilayah itu.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan yang menggesa peperangan dan krisis kebuluran dihentikan, selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img