Teknologi, kemajuan tidak boleh pisah daripada keperluan perkukuh iman – PM

PERDANA  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penguasaan ilmu dan pembinaan akhlak perlu menjadi teras utama dalam usaha membangunkan negara MADANI terutama ketika dunia sedang rancak mengejar kemajuan teknologi.

Katanya, kemajuan sesebuah negara tidak boleh hanya diukur berdasarkan pencapaian teknologi dan pembangunan fizikal semata-mata tetapi harus disusuli kekuatan iman serta nilai kemanusiaan.

“Kita lihat semua negara di dunia sekarang ini mengejar pembangunan dan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan tetapi terasnya mesti ilmu dan akhlak,” katanya ketika berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur malam ini.

Anwar berkata penguasaan teknologi dan kemajuan baharu tidak boleh dipisahkan daripada keperluan memperkukuh iman, akhlak serta nilai kemanusiaan.

Sementara itu melalui Facebook beliau, Perdana Menteri berkata, selain meraikan para ulama di gedung megah itu, beliau  turut berkesempatan mengunjungi pameran oleh PNB mengenai program ASNB yang memperkenalkan kaedah Zakat al-Mustaghallat secara Khultah mulai 25 Mei.

‘’Saya ingin menzahirkan penghargaan atas perkongsian oleh Sheikh Muhammad Hydara Al-Jilani, Pengerusi Pertubuhan Qadriyya Gambia; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah dan Sheikh ‘Abd Allah Muhammad Bilal, Presiden Institut Manuskrip Arab, Mauritania.

‘’Selain İtu, bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya juga mengalu-alukan kehadiran Sheikh Dr. Walead Mohammad, Pengerusi Komuniti Sabeel; Sheikh Mohammed Amin Kholwadia, Presiden Insititut Etika Al-Amin, Chicago; dan Sheikh Dr. Ahmed Mohamed Saad Al-Azhari, Pengarah Institut Ihsan, United Kingdom (UK) dalam majlis ini,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img