Kilang perkakasan musnah terbakar di Kota Kemuning

SEBUAH kilang industri kecil dan sederhana (IKS) yang menghasilkan perkakasan krom di Kota Kemuning, Shah Alam musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian di premis Sky Shine Plating Sdn Bhd di Jalan Anggerik Mokara 31/49, Seksyen 31, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.21 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan sebuah kilang kelas A berkeluasan kira-kira 120 kaki x 80 kaki yang menjalankan aktiviti pembuatan perkakasan krom.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran telah memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur kilang terbabit.

“Operasi pemadaman dijalankan segera dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 16 anggota bersama empat jentera dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang terlibat dalam operasi berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img