Lelaki ditahan miliki 300 biji telur penyu

JABATAN Hidupan Liar Sabah menahan seorang lelaki dan merampas 300 biji telur yang disyaki telur Penyu Hijau bernilai kira-kira RM3,000 dalam operasi khas di Kampung Serusup, di Tuaran semalam.

Pengarahnya, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan pemilikan hasil hidupan liar yang dilindungi.

Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hasil haiwan yang dilindungi sepenuhnya tanpa kebenaran yang sah.

“Jabatan akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan bagi memastikan spesies hidupan liar yang dilindungi terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Soffian berkata, walaupun pelbagai kempen perubahan sikap dan program kesedaran dilaksanakan, permintaan terhadap telur penyu masih wujud dan terus mendorong aktiviti penyeludupan serta penjualan haram.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli, memiliki atau memakan telur penyu kerana ia adalah kesalahan undang-undang.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan penjualan atau penyeludupan telur penyu hendaklah segera dilaporkan kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras jenayah hidupan liar dan melindungi populasi penyu di Sabah.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img