Treler terbalik akibat hilang kawalan, pemandu disahkan positif dadah

SEORANG pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Bentong-Karak berhampiran simpang Bentong Avenue pagi ini, didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas menjalani ujian air kencing.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun yang memandu treler membawa muatan cip plastik dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ke sebelah kanan jalan.

“Siasatan mendapati treler tersebut dalam perjalanan dari arah Bentong Makmur menghala ke Kuala Lumpur dan kemudian terbalik selepas hilang kawalan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu tidak mengalami kecederaan namun hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala siasatan berkaitan penyalahgunaan dadah dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan keterangan dan mengenal pasti punca kejadian secara menyeluruh.

Sehubungan itu, Zaiham menasihatkan semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan berat dan perdagangan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

“Pastikan keadaan fizikal dan mental berada pada tahap yang baik sebelum memandu serta menjauhi penyalahgunaan dadah yang boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img