Apa hal tuju sebenar Perikatan Nasional?

KONFLIK politik antara Pas dan Bersatu telah menimbulkan persoalan  ke manakah hala tuju Perikatan Nasional (PN) selepas Pas memutuskan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu. 

Berikutan itu timbulkan persoalan siapakah yang perlu meninggalkan PN. Pas yang menjadi tonggak kekuatan PN atau Bersatu yang dilihat semakin lemah kedudukan berikutan konflik dalaman.

Hari ini Pengerusi PN, Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan menegaskan, PN bukan milik mana-mana parti secara mutlak. 

Katanya, PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas..

Oleh itu kata beliau,  gabungan itu akan terus diurus secara tertib, berprinsip dan berlandaskan Perlembagaan.

‘’Pas  juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN. Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan,’’ katanya.

Ahmad Samsuri yang memegang jawatan itu selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara sukarela menegaskan,  keutamaan beliau  ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.

Kenyataan itu Ahmad Samsuri itu  memberi isyarat bahawa Pas akan terus mempertahankan PN sekaligus akan mencetuskan konflik dengan Bersatu yang sebelum ini mula mendesak supaya jawatan Pengerusi PN diserahkan kembali kepada  Muhyiddin.

Jika konflik ini tidak diselesaikan ia akan mewujudkan kekeliruan bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli kedua-dua parti tetapi orang Melayu secara keseluruhan. Ia kerana  mereka sudah ‘cukup pening’ apabila UMNO memutuskan bertanding solo di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tetapi kekal bersama PH mentadbir negara sehingga habis mandat yang diperolehi pada PRU-15 berakhir.

Sebelum itu, orang Melayu keliru apabila sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan dibubarkan,14 ADUN UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar bagaimanapun mereka kekal menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Justeru sama ada Pas mahupun Bersatu, kedua-dua harus membincangkan dan menyelesaikan kekeliruan berhubung kedudukan masing-masing dalam Perikatan Nasional.  Hala tuju poliitik PN harus jelas supayamemudahkan orang Melayu membuat keputusan siapa yang mereka mahu pilih dalam pilihan raya!

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img