Suri rumah rugi hampir RM100,000 ditipu sindiket tawaran kerja palsu

SEORANG suri rumah bukan setakat gagal memperoleh kerja yang diharapkan malah kerugian wang hampir RM100,000 akibat diperdaya sindiket tawaran kerja palsu.

Mangsa berusia 37 tahun menjadi mengsa penipuan selepas melihat iklan kerja yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook pada 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, tertarik dengan tawaran itu, mangsa kemudian menekan pautan di laman berkenaan dan berurusan dengan individu yang tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, selepas berurusan, mangsa kemudian bersetuju untuk melakukan kerja sambilan yang ditawarkan kerana dijanjikan pendapatan sampingan yang lumayan.

“Mangsa diminta menyertai kumpulan dalam aplikasi Telegram bagi menambah rakan selain diberi beberapa tugasan dan turut diberi bayaran.

“Untuk tugasan pertama dan yang kedua mangsa mendapat pulangan sebanyak RM85,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azli, disebabkan sudah percaya, mangsa kemudian melakukan tugasan seperti yang diarahkan dengan membuat tujuh kali transaksi seperti yang diarahkan secara berperingkat ke tujuh akuan berbeza dari 8 hingga 18 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa hanya menerima komisen sebanyak RM85 untuk tugasan pertama dan kedua.

Katanya, akibat terpedaya dengan helah sindiket terbabit, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM95,715.

Azli berkata, mangsa membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Terengganu jam 6.02 petang semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Dalam kes ini, mangsa juga turut dihubungi oleh individu lain sebelum mangsa menyedari dirinya terjerat dengan sindiket penipuan pekerja dalam talian.

“Sumber kewangan yang digunakan adalah wang simpanan peribadi mangsa bersama suaminya,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img