Pempengaruh media sosial didakwa tipu wanita RM80,000 untuk modal perniagaan

SEORANG pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini terhadap pertuduhan memperdayakannya seorang wanita membabitkan kerugian RM80,000, pada Mei tahun lalu.

Tertuduh, Mikhail Isaaq Mohd Rodzi didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, memperdaya seorang wanita, Tan Mei Lan, 58, menyerahkan wang berjumlah RM80,000, iaitu untuk dijadikan modal perniagaan bagi penjualan kosmetik.

Dia juga menjanjikan kedudukan rakan kongsi kepada mangsa di Syarikat Two M Legacy dengan mendapat gaji RM10,000 sebulan serta imbuhan 10 peratus daripada keuntungan setiap bulan.

Mikhail didakwa melakukan kesalahan itu jam 3.30 petang pada 21 Mei 2025 di bertempat di Bank Muamalat, Presint 15 di Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Izleen Ismail, memohon supaya mahkamah memberikan jaminan yang lebih rendah.

“Tertuduh berusia 31 tahun, sudah berkahwin, ada dua anak berusia dua tahun dan empat tahun. Tertuduh tidak bekerja, manakala isterinya baru berniaga untuk sara hidup keluarga,” katanya.

Majistret Ezrene Zakariah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 9 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes untuk penyerahan dokumen.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img