Projek MADANI Link pastikan agenda Pembangunan pedalaman

PELAKSANAAN projek grid tenaga elektrik Sabah Southern MADANI Link (SSML) membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan kemudahan asas dapat dinikmati rakyat di kawasan pedalaman Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu selaras dengan dasar Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan adil dan saksama, tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.

Beliau berkata pembangunan sebenar tidak akan memberi kesan menyeluruh sekiranya kemudahan asas masih gagal sampai ke kawasan terpencil, khususnya di pedalaman Sabah.

“Sebab itu saya terkesan dan mahu memastikan pembangunan itu merata di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, (ini) yang membezakan pendekatan kita dengan setengah negara luar iaitu pembangunan hanya tertumpu di kota besar sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek SSML di Sipitang.

SSML melibatkan jajaran talian transmisi elektrik 275 kilovolt (kV) yang menghubungkan Pantai Barat dan Timur Sabah sekali gus berperanan penting memperkukuh grid bekalan tenaga elektrik serta mengimbangi agihan tenaga di negeri itu.

Projek yang bermula 17 Sept tahun lepas itu dijadual siap pada 16 Sept 2028 dengan kos RM198 juta, manakala kemajuan semasa projek setakat 26 Mei lepas adalah pada tahap 17 peratus.

Anwar berkata projek grid tenaga berkenaan mempunyai signifikan besar kerana memerlukan pengorbanan serta usaha gigih pekerja di lapangan yang menembusi kawasan hutan belantara di selatan Sabah bagi membangunkan rangkaian bekalan elektrik untuk rakyat.

“Saya terharu dan gembira kerana boleh lihat pencawang (talian) itu merentas belantara. Bayangkan yang kerja dia masuk hutan tinggal keluarga hanya untuk bangunkan bekalan elektrik bagi rakyat Sabah. Jadi kawan-kawan, saya ucap terima kasih penuh penghargaan dengan pengorbanan ini,” katanya.

Mengulas mengenai kritikan sesetengah pihak di Parlimen berhubung peruntukan pembangunan yang tinggi untuk Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri  berkata kerajaan mempertahankan tindakan itu bagi merapatkan jurang kemajuan infrastruktur dikedua-dua negeri berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img