Zaid Ibrahim, Muhammad Muqharabbin,Azlan Johor antara 15 individu sertai Pas

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim antara 15  individu yang menyertai Pas pada program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan di Markas PAS Kawasan Seremban, malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengumumkan kemasukan mereka.

Selain Zaid,  individu lain  adalah terdiri daripada  bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), tokoh ekonomi, serta beberapa bekas pimpinan UMNO PKR, dan PAN serta bekas pemain bolasepak.

Mereka ialah bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  Negeri Sembilan dan bekas ADUN Ampangan dari PKR Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek, bekas Pengerusi PAN Negeri Sembilan serta tokoh ekonomi dan bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia. Dr Rosli Yaakop dan  bekas Pengerusi Kelab UMNO  United Kingdom dan Eire (Kelab UMNO UK) Dr Mad Nizam Baharom

Selain itu turut menyertai Pas ialah  bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta bekas ketua pegawai eksekutif beberapa agensi dan badan korporat Datuk TPr Lokman Omar, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Prof Dr Mohd Nasir Ibrahim dan Pengerusi BARA Malaysia Anas Iman Sudin.

Individu lain ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai Saiful Azli Saiful Rizwan, bekas Exco  Pemuda UMNO  Mustafa Shah Mohd Zain, bekas Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Ahmad Tarmizi Musa dan  bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Hamidah Osman.

Turut berbuat demikian pendaki Gunung Everest 2004 Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman,  bekas AJK Pemuda UMNO  bahagian Titiwangsa Mohd Harfifi Mohd Dahalan dan bekas pemain bolasepak kebangsaan Azlan Johar.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img