BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim antara 15 individu yang menyertai Pas pada program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan di Markas PAS Kawasan Seremban, malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengumumkan kemasukan mereka.
Selain Zaid, individu lain adalah terdiri daripada bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), tokoh ekonomi, serta beberapa bekas pimpinan UMNO PKR, dan PAN serta bekas pemain bolasepak.

Mereka ialah bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dan bekas ADUN Ampangan dari PKR Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek, bekas Pengerusi PAN Negeri Sembilan serta tokoh ekonomi dan bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia. Dr Rosli Yaakop dan bekas Pengerusi Kelab UMNO United Kingdom dan Eire (Kelab UMNO UK) Dr Mad Nizam Baharom
Selain itu turut menyertai Pas ialah bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta bekas ketua pegawai eksekutif beberapa agensi dan badan korporat Datuk TPr Lokman Omar, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Prof Dr Mohd Nasir Ibrahim dan Pengerusi BARA Malaysia Anas Iman Sudin.
Individu lain ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai Saiful Azli Saiful Rizwan, bekas Exco Pemuda UMNO Mustafa Shah Mohd Zain, bekas Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Ahmad Tarmizi Musa dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Hamidah Osman.
Turut berbuat demikian pendaki Gunung Everest 2004 Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, bekas AJK Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa Mohd Harfifi Mohd Dahalan dan bekas pemain bolasepak kebangsaan Azlan Johar.






