RTM nafi dakwaan Azlan Johar direhatkan jadi pengulas Piala Dunia

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan dakwaan bekas pemain bola sepak kebangsaan Azlan Johar direhatkan daripada menjadi pengulas siaran Piala Dunia 2026 susulan penyertaannya dalam Pas, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Azlan masih diberi ruang muncul dalam siaran rasmi RTM sempena temasya bola sepak berkenaan iaitu bagi perlawanan Brazil menentang Maghribi semalam.

“Pengumuman Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada 13 Jun lalu menyatakan Azlan menyertai Pas, namun semalam beliau muncul mengulas perlawanan Brazil menentang Maghribi. RTM sendiri yang menjemput Azlan menjadi pengulas bagi perlawanan tersebut,” katanya lapor FMT.

Ashwad turut menjelaskan tiada kontrak tetap yang mengikat Azlan untuk mengulas semua 104 perlawanan Piala Dunia 2026.

“RTM berhak menjemput pengulas jemputan lain sepanjang kejohanan berlangsung. Ia juga hak individu lain untuk tampil sebagai pengulas jemputan bagi edisi Piala Dunia kali ini,” katanya.

Hari ini dalam satu kenyataan, Pas melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan adakah benar bekas pemain kebangsaan itu direhatkan sebagai pengulas sukan selepas menyertai Pas Sabtu lalu.

.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img