SKMM tanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat 80,000 pesakit

KEMENTERIAN Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit yang layak di bawah Program Ubat Melalui Pos (UMP) bermula Julai ini.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif dengan anggaran kos RM5.69 juta setahun itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban pesakit yang sebelum ini perlu menanggung sendiri kos penghantaran ubat.

“Dalam setahun, anggarannya adalah RM5.69 juta yang akan ditanggung sepenuhnya oleh  Kementerian Komunikasi dan SKMM.

“Kita harap menjelang bulan Julai ini sudah boleh mula di setiap negeri. Jadi tidak perlu lagi ditanggung oleh mana-mana pihak, terutamanya oleh para pesakit sendiri. Jadi akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata pada  sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Pelaksanaan Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), hari ini.

Fahmi berkata, pemilihan pesakit yang layak menerima perkhidmatan itu akan ditentukan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan (KKM), manakala aspek pelaksanaan penghantaran ubat menerusi Pos Malaysia dilakukan memandangkan agensi itu merupakan pemegang lesen di bawah SKMM.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani MoU antara SKMM dan KKM berkenaan pelaksanaan inisiatif PERSADA.

Ia bertujuan memperkukuh ekosistem kesihatan digital negara melalui peningkatan capaian internet dan kesalinghubungan di fasiliti kesihatan seluruh negara.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img