Malaysia sifatkan MoU AS-Iran langkah penting reda ketegangan di Asia Barat

MALAYSIA menyifatkan pengumuman Memorandum Persefahaman (MoU) antara Amerika Syarikat dan Republik Islam Iran, sebagai  langkah penting ke arah meredakan ketegangan di Asia Barat serta menyediakan laluan berstruktur menuju penyelesaian menyeluruh dan berkekalan.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Malaysia menantikan bermulanya rundingan lanjut ke arah perjanjian muktamad selepas pemeteraian MoU tersebut di Switzerland yang dijadualkan pada 19 Jun ini.

Selain itu kata kenyataan kementerian tersebut, Malaysia juga menanti pengesahan pelaksanaan langkah awal termasuk pengaturan keselamatan maritim, pelepasan sekatan secara berperingkat dan langkah membina keyakinan lain seperti yang dipersetujui oleh pihak-pihak terbabit.

‘’Langkah-langkah berkenaan dijangka menyumbang kepada penghentian permusuhan yang berkekalan, meningkatkan kestabilan serantau, menjamin kebebasan pelayaran di sepanjang Selat Hormuz, serta memperkukuh ekonomi global dan keselamatan tenaga,’’ kata kementerian berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia kekal berpendirian bahawa keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai melalui dialog, diplomasi dan rasa saling menghormati. Malaysia bersedia menyokong segala usaha konstruktif yang menyumbang kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antarabangsa, selain keadilan dan kemakmuran.

Kementerian Luar Negeri berkata, Malaysia merakamkan penghargaan kepada kerajaan Republik Islam Pakistan, Negara Qatar, Republik Arab Mesir, Kerajaan Arab Saudi, Republik Turkiey serta negara-negara serantau lain atas peranan masing-masing dalam menyokong usaha diplomasi dan dialog antara pihak-pihak terlibat.

‘’Malaysia turut mengiktiraf penglibatan konstruktif serta kesediaan politik yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam usaha mengurangkan ketegangan, memupuk keamanan dan memperkukuh kestabilan,’’ kata kenyataan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img