Gempa lemah magnitud 3.3 di perairan Batu Pahat

GEMPA bumi lemah magnitud 3.3 direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 20 kilometer (km) di barat daya Batu Pahat.

Menurut MetMalaysia, gempa itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 km.

“Gempa lemah direkodkan pada 1.17 pagi dengan gegaran mungkin dirasai di sekitar Johor. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Katanya, MetMalaysia akan memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Justeru, MetMalaysia juga memohon penduduk merasai gegaran gempa bumi terbabit supaya mengisi borang kaji selidik melalui pautan https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37

Gempa yang berlaku pagi ini adalah kelima di daerah ini selepas kali terakhir berlaku pada 14 Mac lalu di perairan Batu Pahat dengan magnitud 3.2.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img