Pelantikan tak bercanggah Perlembagaan, Hamzah bukan Ahli Parlimen Bebas – Takiyuddin

AHLI Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini mempertahankan pelantikan kembali Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dengan menegaskan, langkah itu tidak bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan, status Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut tidak boleh disamakan dengan Ahli Parlimen bebas kerana beliau bertindak di bawah sebuah parti politik yang sah dan berdaftar.

“Larut (Hamzah) bukan Ahli Parlimen bebas. Sebaliknya, beliau berada di bawah satu parti yang didaftarkan secara sah, maka tidak timbul isu pelanggaran Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin membuat penegasan itu selepas ahli Parlimen blok kerajaan termasuk Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bangun mempersoalkan kredibiliti kepimpinan pembangkang.

Khoo secara sinis menyelar pertukaran posisi dalam kalangan pimpinan pembangkang yang disifatkannya sebagai tidak menentu.

“Ketua pembangkang tiba-tiba tukar-tukar macam itulah…tak profesional langsung,” selar Khoo, yang sekaligus mencetuskan kekecohan dan sorakan daripada kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun keadaan tegang itu  berakhir apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul membuat ketetapan bagi meredakan pertikaian tersebut.

“Saya dah jelaskan, semua dokumentasi saya perhati dengan perhalusi dan saya sahkan Larut ketua pembangkang, jadi tiada soalan,”katanya sekali gus menamatkan pertikaman lidah berkenaan sebelum meminta sesi perbahasan diteruskan.

Terdahulu, Johari mengesahkan Hamzah kembali memegang jawatan sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkuat kuasa 18 Jun lalu.

Hamzah mengantikan Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang memegang jawatan itu dari 21 Mei hingga 10 Jun.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img