Penyasaran Subsidi Diesel: Apa anda patut tahu?

PENYASARAN  subsidi diesel bermula pada 1 Julai akan melaksanakan mekanisme berikut:

  • Seramai 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara akan nikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad .
  • Setiap individu yang layak akan menerima had kelayakan asas sehingga 200 liter sebulan. 
  • Bagi penerima sedia ada BUDI Diesel Individu, bantuan tunai bulanan RM400 akan digantikan dengan subsidi diesel secara langsung melalui pengesahan MyKad di stesen minyak. 
  • Pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia boleh mula menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter  mulai 27 Jun ini.
  • Bagi pemilik persendirian kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak, tambahan 100 liter sebulan boleh dipohon, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 300 liter sebulan.
  • Pembelian  diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad turut diberikan  kepada pengusaha bot sungai dan pemilik genset di kawasan pedalaman.
  • Mekanisme subsidi diesel  bagi sektor strategik dan kritikal terus dikekalkan termasuk:

– Diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter bagi nelayan;

– BUDI Agri-Komoditi untuk petani kecil dan pemegang tanah komoditi berdaftar;

– Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 1.0)  pada harga RM1.88 seliter bagi pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah dan bas ekspres.

  • SKDS turut diperluaskan ke  Sabah dan Sarawak  membolehkan sekitar 70,000 kenderaan komersial  terutamanya pengangkutan barangan pengguna nikmati diesel subsidi pada harga RM2.15 seliter melalui penggunaan fleet card syarikat minyak.
  • Pembayaran pembelian bahan api boleh dibuat seperti biasa menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia di stesen minyak seperti tunai, kad kredit, kad debit dan e-dompet terpilih.


IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img