PENYASARAN subsidi diesel bermula pada 1 Julai akan melaksanakan mekanisme berikut:
- Seramai 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara akan nikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad .
- Setiap individu yang layak akan menerima had kelayakan asas sehingga 200 liter sebulan.
- Bagi penerima sedia ada BUDI Diesel Individu, bantuan tunai bulanan RM400 akan digantikan dengan subsidi diesel secara langsung melalui pengesahan MyKad di stesen minyak.
- Pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia boleh mula menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter mulai 27 Jun ini.
- Bagi pemilik persendirian kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak, tambahan 100 liter sebulan boleh dipohon, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 300 liter sebulan.
- Pembelian diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad turut diberikan kepada pengusaha bot sungai dan pemilik genset di kawasan pedalaman.
- Mekanisme subsidi diesel bagi sektor strategik dan kritikal terus dikekalkan termasuk:
– Diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter bagi nelayan;
– BUDI Agri-Komoditi untuk petani kecil dan pemegang tanah komoditi berdaftar;
– Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 1.0) pada harga RM1.88 seliter bagi pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah dan bas ekspres.
- SKDS turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak membolehkan sekitar 70,000 kenderaan komersial terutamanya pengangkutan barangan pengguna nikmati diesel subsidi pada harga RM2.15 seliter melalui penggunaan fleet card syarikat minyak.
- Pembayaran pembelian bahan api boleh dibuat seperti biasa menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia di stesen minyak seperti tunai, kad kredit, kad debit dan e-dompet terpilih.






