Pelajar perempuan IPTS ditemukan mati dipercayai dibunuh, lelaki warga asing ditahan

SEORANG  pelajar  perempuan  sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditemui maut disyaki dibunuh di sebuah kondominium di Bandar Sunway Petalng Jaya hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 11.03 pagi, sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 20-an dipercayai telah meninggal dunia dan terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an di lokasi yang sama bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata,  pasukan forensik  turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai dapat membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

M Hussin Sollehuddin  berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat yang dijadualkan dijalankan pada Rabu bagi mengenal pasti punca kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Surianti Lataera di talian 013-3352547 bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan bahan berkaitan kejadian di mana-mana platform sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img