Puad disiasat atas dakwaan menghasut, polis terima 153 laporan

BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Dr.Fuad Zarkashi disiasat atas dakwaan menghasut berikutan kenyataan beliau ketika mengumumkan keluar dari UMNO.

Puad turut disiasat kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam, fitnah dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata dua laporan diterima pihaknya daripada bekas  Exco dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam, Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Setakat jam 3 petang, sebanyak 153 laporan diterima di seluruh negara dan polis menjangka ia akan terus meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan keluar daripada parti dengan memberi alasan UMNO Johor  dikawal oleh Istana dalam membuat keputusan.

Bagaimanapun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Puad manakala Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Puad keluar parti itu  kerana anaknya tidak dicalonkan di DUN tersebut pada PRN Johor 11 Julai ini.

Dalam kenyataan itu Ab Rahman menasihatkan orang ramai menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan tidak membuat komen atau spekulasi yang boleh menyebabkan kegentaran awam.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati menyalahgunakan kemudahan atau perkhidmatan aplikasi rangkaian bagi maksud menyalahi undang-undang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img