‘’Saya akan terus bersuara’’ – kata Haim Hilman

EXCO Kerajaan Negeri Kedah HAIM Hilman Abdullah  menegaskan, beliau akan terus bersuara dalam memperjuangkan isu pendidikan tinggi yang adil.

Katanya, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses perundangan dan akan mengemukakan fakta, data serta dokumen yang berkaitan melalui saluran mahkamah.

‘’Apa yang saya bangkitkan bukanlah demi kepentingan peribadi, tetapi demi hak anak-anak Malaysia untuk mendapat peluang pendidikan tinggi yang adil. Saya menegaskan bahawa isu ini mempunyai asas yang kukuh dan wajar dinilai berdasarkan fakta, data serta prinsip keadilan,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook.

Haim Hilman berkata,  dihadapkan ke mahkamah jauh lebih ringan daripada melihat ribuan anak-anak miskin terus dinafikan peluang ke universiti awam.

‘’ Saya akan terus bersuara sehingga hak mereka dikembalikan. Sukacita ingin saya maklumkan, pertuduhan hari ini sebenarnya telah membuka pintu banyak lagi isu kritikal dibelakangnya.

‘’Untuk makluman juga, saya telah meneliti laporan tahunan hampir 20 universiti awam dari tahun 2018 hingga kini. Banyak lagi perkara yang akan saya bangkitkan demi memastikan sistem pendidikan tinggi negara benar-benar berkualiti, adil dan berpaksikan kepentingan rakyat,’’ katanya.

Hari ini beliau  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan menimbulkan kebimbangan awam dengan mengeluarkan kenyataan berkaitan proses kemasukan pelajar ke universiti awam.

Haim Hilman didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img