MPV bertembung kereta di Lenggong, dua maut termasuk guru

DUA maut, manakala lima lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki enam guru yang baru pulang menghadiri kursus, terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Kangsar-Baling, di Lenggong.

Seorang daripada enam guru wanita menaiki Honda Odyssey, iaitu Zuraida Abu Bakar, 47, yang juga guru di Kolej Vokasional Gerik disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakan yang lain cedera.

Turut meninggal dunia dalam kejadian berdekatan Restoran Tasik Raban itu ialah pemandu Toyota Vios, Melvindar Singh Gamum Singh, 41.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.57 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong bergegas ke lokasi, lapor Buletin TV3.

“Terdapat mangsa tersepit dalam kedua-dua kenderaan, dengan dua mangsa disahkan maut di lokasi.

“Anggota bomba diarah melaksanakan kerja penyelamatan sehingga mangsa berjaya dikeluarkan. Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis, manakala yang cedera diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img