Judi Piala Dunia: Dua pusat operasi pertaruhan dibongkar, sembilan ditahan

POLIS Pulau Pinang berjaya menahan seramai 28 individu menerusi 21 serbuan dalam Ops Soga XI di negeri ini.

Dalam serbuan itu, wang tunai sebanyak RM8,935 turut dirampas serta pelbagai peralatan yang digunakan bagi kegiatan perjudian dalam talian seperti komputer, telefon bimbit dan peranti komunikasi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, terbaharu dua lagi pusat operasi berjaya dibongkar dan disyaki menjalankan aktiviti pertaruhan sempena Piala Dunia FIFA 2026.

Katanya, seramai sembilan individu ditahan membabitkan lapan lelaki dan seorang wanita.

“Serbuan pertama yang dijalankan terhadap sebuah kondominium di Gelugor, kelmarin, membawa kepada penahanan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan berusia 29 hingga 44 tahun.

“Hasil siasatan mendapati sindiket itu bertindak menguruskan akaun pelanggan, menyelia transaksi dan mempromosi pertaruhan bola sepak dalam talian menerusi laman web www.137.com,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dennis berkata, serbuan kedua yang dijalankan semalam terhadap kondominium di Butterworth, Seberang Perai pula berjaya menahan seramai lima lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 41 tahun.

Katanya, sindiket itu didapati mengendalikan pertaruhan bola sepak menerusi laman web Nova88 dengan menggunakan unit kediaman berkenaan sebagai pusat operasi.

“Rampasan membabitkan sebanyak enam komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem internet serta pelbagai peralatan lain.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak dua laman sesawang iaitu ‘platform’ dan ‘aplikasi’ dikesan digunakan bagi pertaruhan bola sepak serta promosi aktiviti perjudian,” katanya lagi.

Menurut Dennis, kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(e) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kesemua tangkapan direman sehingga 30 Jun dan 1 Julai depan bagi membantu siasatan.

“Polis Pulau Pinang akan terus mempergiat Op Soga XI sepanjang tempoh Piala Dunia FiFA 2026 dengan fokus kepada call centre, ejen pertaruhan, penganjur dan individu yang terbabit perjudian secara fizikal atau dalam talian,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img