Pekerja swasta maut motosikal rempuh pacuan empat roda di WCE

SEORANG pekerja swasta maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang berhenti di Kilometer 6.7 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) di Kuala Langat, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 20-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan dari arah Banting menghala ke Klang.

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu meluncur ke arah lorong kecemasan.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang sedang berhenti di lorong berkenaan akibat mengalami kerosakan mekanikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Akmalrizal, berikutan rempuhan itu mangsa tercampak ke atas lebuh raya manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit iaitu lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, petugas perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat trauma impak tinggi pada kepala.

Mayat mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk proses bedah siasat serta urusan pengecaman oleh ahli keluarga,” tambah beliau.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” jelas beliau.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img