Pas tak pernah takut berdepan DAP – Samsuri

TINDAKAN Pas meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini membuktikan parti itu tidak pernah takut untuk berdepan dengan DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan bertanding di mana-mana kawasan dilakukan dengan perkiraan boleh memberi tentangan sewajarnya.

“Tak timbul pun Pas takut, kita telah membuat analisa kenapa kita bertanding dan kenapa kita tak bertanding. Kita letak (calon) di tempat yang pada perkiraan boleh memberi satu tentangan sewajarnya.

“…Kita tahu ada cabaran yang besar bila kita masuk bertanding di kawasan majoriti yang besar di kalangan bukan Melayu, jadi tentulah perkiraannya adalah perkiraan kebolehmenangan dan dari segi calon.

“Jadi, saya rasa itu pada anggapan beliau (Setiausaha Agung DAP Anthony Loke), kita ada kekuatan tersendiri,” katanya ditemui ketika membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Maharani, Anuar Hayan.

Beliau mengulas dakwaan Loke yang menyatakan Pas memilih bergantung kepada ‘proksi’, Barisan Nasional (BN) daripada menempatkan calon berdepan DAP.

Kerusi Jementah dianggap kubu Pakatan Harapan. Pada 2018 kerusi itu dimenangi oleh Calon PH dari PKR, Tan Chen Choon dengan majoriti 7,001 undi.

Pada PRN 2022, walaupun PH berjaya mempertahankan kerusi itu melalui calonnya dari DAP, Ng Kor Sim namun majoriti merosot teruk. Kor Sim hanya berupaya menang dengan majoriti 714 undi sahaja.

Kali ini Kor Sim akan berhadapan dengan Saifullah Abdul Wahab (PN-Pas) dan See Ann Giap (BN).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img