DATUK Seri Anwar Ibrahim berharap buku bertajuk Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa dapat menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang, khususnya dalam aspek pembangunan bangsa dan pembentukan nilai diri.
Perdana Menteri melalui Facebook beliau berkata, hasrat itu dizahirkan selepas berpeluang memberikan pandangan terhadap manuskrip buku berkenaan yang menghimpunkan idea, pandangan dan pemikirannya berdasarkan pengalaman hidup serta pembacaannya.
“Saya amat berbesar hati dengan penglibatan pakar rujuk Tokoh Akademik Negara dan Tokoh Bahasa negara yang tidak asing lagi iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim dalam penyediaan serta pengolahan kandungan buku ini.
“Buku ini dihasilkan oleh Profesor Dr. Salinah Ja’afar, pensyarah dan pakar linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Saya telah ditemu bual secara eksklusif oleh kedua-duanya merangkumi semua bahagian di dalam penulisan buku ini,” katanya,






