Remaja maut, motosikal terbakar selepas dirempuh kenderaan

SEORANG remaja lelaki maut dalam nahas awal pagi selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Putatan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, Fandi Jame, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Musran Jabri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.45 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah motosikal telah terbakar sepenuhnya dipercayai selepas dirempuh sebuah kenderaan.

“Terdapat seorang mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img