Keluar mengejut ke laluan utama punca kemalangan maut di Sarikei

SIASATAN awal polis mendapati kemalangan mengorbankan tiga lelaki di Kilometer 431 Jalan Bulat, Lebuhraya Pan Borneo, di Sarikei malam tadi dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah kenderaan membuat pusingan sebelum keluar secara mengejut ke laluan utama.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, kemalangan pada kira-kira 9 malam itu melibatkan dua Toyota Hilux.

Beliau berkata, Toyota Hilux hitam dipandu lelaki tempatan berusia 33 tahun yang membawa dua lelaki dipercayai keluar secara mengejut ke laluan utama ketika membuat pusingan sebelum dirempuh Toyota Hilux putih dipandu lelaki berusia 40 tahun dari arah Sibu menuju Sarikei.

Akibat perlanggaran itu, katanya, mereka yang menaiki Toyota Hilux hitam maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu sebuah lagi kenderaan cedera ringan dan dirawat di Hospital Sarikei.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Vincent Engan Tula, 33, Stevenson Sigau Ujang Satin, 20, dan Muhammad Saerozi, 41, warga Indonesia.

Aswandy berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Mustaqim menerusi talian 010-442 7241 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei bagi membantu siasatan.

Media malam tadi melaporkan, tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan dua pikap di Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Sibu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak dilaporkan berkata, kenderaan empat pintu dinaiki tiga lelaki dan seorang mangsa tercampak keluar daripada kenderaan, manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img