Wanita maut, dua cedera Myvi dan Axia bertembung

SEORANG wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di Jalan Kuala Bikam, di Sungkai pagi ini.

Dalam kejadian jam 8.28 pagi itu, terdapat tiga mangsa membabitkan dua individu di dalam Perodua Myvi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, selain seorang lelaki yang memandu Perodua Axia.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya memaklumkan, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan pada kaki, manakala penumpang wanita disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu Perodua Axia pula mengalami kecederaan pada kaki serta luka pada bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, anggota bomba menjalankan operasi menyelamat dengan mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberikan rawatan awal bersama petugas KKM.

Kedua-dua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img