Wanita cedera tersepit di bawah kereta yang bergerak sendiri

SEORANG wanita cedera selepas kakinya tersepit di bawah kereta yang dipercayai bergerak secara tiba-tiba, ketika mangsa sedang membuka pintu pagar rumahnya di Dataran Pengkalan Barat 2, Taman Temara di Ipoh petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.39 petang, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh bergegas ke lokasi.

“Jentera tiba di lokasi pada jam 3.43 petang dan mendapati seorang wanita tempatan berusia 38 tahun tersepit pada bahagian kaki, di bawah sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang membuka pintu pagar rumah ketika kenderaan yang enjinnya telah dihidupkan bergerak secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa terjatuh sebelum tersepit di bawah kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, orang awam yang berada di lokasi cuba mengeluarkan mangsa namun tidak berjaya.

Beliau berkata ketua operasi kemudian menjalankan penilaian awal di lokasi mengikut konsep “SAVER”, sebelum anggota bomba menggunakan peralatan khas Air Lifting Bag dan Hydraulic Cutter bagi mengangkat kenderaan serta mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati mengalami kecederaan pada bahagian kaki, sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya yang memaklumkan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.16 petang.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img