SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah serta tampil sebagai saksi perbicaraan di mahkamah, minggu depan.
SPRM dalam kenyataan berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Mohd Hafiz Abdul Rahman, 44.
Menurut SPRM, Mohd Hafiz dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Kenyataan itu memberitahu, lelaki terbabit beralamat terakhir di Nombor 7, Tingkat 2, Flat Jambu, Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak.
“Lelaki ini dikehendaki hadir sebagai saksi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Sibu, Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 Julai ini,” katanya.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan Mohd Hafiz supaya tampil bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Penguasa (PKPs) Jamal Ayub di talian 019-855 3450 atau menerusi e-mel di jamalayub@sprm.gov.my.






