Murid cedera jatuh siling dipercayai mahu tangkap burung merpati – JPN

MURID Tahun Lima yang cedera selepas terjatuh dari siling tingkat tiga sebuah sekolah rendah di Padang Terap semalam dipercayai memanjat ke bahagian siling untuk menangkap burung merpati.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian berlaku selepas tamat sesi persekolahan apabila murid terbabit pulang ke rumah sebelum kembali ke sekolah untuk mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sesi petang.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah bertindak segera mendapatkan bantuan kecemasan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi menerima rawatan lanjut.

“JPN Kedah turut memastikan kebajikan murid dan keluarganya terus diberi perhatian termasuk menyediakan sokongan emosi, psikologi, khidmat bimbingan dan kaunseling serta bantuan lain yang bersesuaian.

“Selain itu, intervensi sokongan emosi turut diberikan kepada murid lain di sekolah berkenaan bagi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

JPN Kedah menegaskan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan, selain pemantauan berterusan akan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Semalam, media melaporkan seorang murid lelaki Tahun Lima cedera selepas terjatuh dari siling tingkat tiga sebuah sekolah rendah di daerah Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Mohd Anuar Junoh dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru kira-kira jam 4 petang yang memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan adalah kemalangan sendiri dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img