Pemandu wanita maut dirempuh kereta hilang kawalan

SEORANG wanita maut selepas kereta dipandu dirempuh sebuah kenderaan lain yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 30.7 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di Shah Alam malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an telah hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, Nissan Almera itu telah melanggar sebuah Perodua Axia yang dipandu wanita berusia lingkungan 20-an bersama seorang penumpang wanita berumur awal 30-an dan anak lelakinya yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 27(1) Shah Alam.

“Kemalangan menyebabkan pemandu Perodua Axia itu meninggal dunia, manakala dua penumpang mengalami cedera di kepala dan muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang manakala polis sedang mengesan pemandu Nissan Almera terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta  tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-775 7354,” ujarnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Sarudin.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img