Pempengaruh media sosial direman bantu siasatan kes rogol

SEORANG pempengaruh media sosial berusia 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan merakam gambar pornografi seorang remaja perempuan bawah umur, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

Yusharifuddin berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 Jun selepas suspek didakwa membawa mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan ke sebuah rumah sewa di Kangar.

“Suspek juga dipercayai merakam gambar mangsa semasa kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah di sini hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img