Kes rogol, samun remaja: Mekanik disambung reman tujuh hari

SEORANG mekanik yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan samun membabitkan seorang remaja perempuan di Palekbang, Tumpat bulan lalu disambung reman selama tujuh hari lagi sehingga 21 Julai ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat, hari ini.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian pada pagi 17 Jun lalu, mangsa yang sedang beriadah di Kampung Mesira, Palekbang diserang seorang lelaki tidak dikenali.

Mangsa dipukul menggunakan sebatang kayu sebelum dirogol dan disamun sebelum ditinggalkan di kawasan semak berhampiran tali air.

Remaja perempuan itu ditemukan orang awam dalam keadaan separuh sedar dengan mengalami kecederaan pada bahagian muka, kepala dan badan sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk menerima rawatan.

Selain mendapatkan rawatan akibat kecederaan dialami, mangsa turut menerima rawatan serta sokongan psikologi susulan kejadian berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img