MPT nafi Pekan Sehari Temerloh ditutup tiga minggu

MAJLIS Perbandaran Temerloh (MPT) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Pekan Sehari Temerloh akan ditutup kepada pengunjung selama tiga minggu.

MPT menerusi satu kenyataan menegaskan, dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.

Katanya, Pekan Sehari Temerloh masih beroperasi seperti biasa dan tiada sebarang keputusan atau arahan penutupan dikeluarkan.

“Merujuk kepada satu hantaran yang sedang tular di media sosial berkaitan dakwaan bahawa Pekan Sehari Temerloh akan ditutup kepada pengunjung selama tiga minggu, MPT ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak MPT,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, MPT menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, penyebaran berita palsu itu juga dikhuatiri memberi kesan kepada peniaga serta pengunjung yang bergantung kepada operasi Pekan Sehari Temerloh.

“MPT menyeru orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih hanya melalui saluran rasmi Majlis Perbandaran Temerloh bagi mengelakkan salah faham serta penyebaran berita tidak benar,” katanya.

Terdahulu, satu hantaran tular di platform Threads mendakwa Pekan Sehari Temerloh akan ditutup kepada pengunjung luar selama tiga minggu berikutan kesesakan melampau, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img