Banduan didakwa amang seksual tahanan remaja di penjara

SEORANG banduan lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang tahanan lelaki berusia 17 tahun di Penjara Sungai Udang, awal Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Awal Haruil, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tahanan remaja itu ketika berada di dalam Sel 13, Penjara Sungai Udang, dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira jam 11 malam pada awal Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Qaiyyum mencadangkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen berkaitan kes.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img