Lelaki warga asing ditahan didakwa lakukan perbuatan tidak senonoh di taman permainan

SEORANG lelaki warga asing ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis selepas didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita di sebuah taman permainan di Cyberjaya, Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek berusia awal 20-an itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Beliau berkata, seorang wanita tempatan membuat laporan polis kira-kira jam 7.18 malam berhubung kejadian berkenaan.

“Lelaki berkenaan didakwa memasukkan tangan ke dalam seluar dan menggosok kemaluan secara berulang kali sambil merenung ke arah wanita berkenaan.

“Bimbang terhadap keselamatan diri, wanita berkenaan mendapatkan bantuan orang awam dan suspek ditahan oleh beberapa orang awam sebelum diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norhizam berkata, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali, jika sabit kesalahan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img