SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warganegara Malaysia bagi penyerahan dokumen afidavit dan hadir prosiding pendengaran lucuthak di bawah Seksyen 41 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada 20 Ogos.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, Mohamad Faizul Bin Kamaruddin, 41, telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhirnya iaitu Blok B-2-6, Flat Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Ahmad Nasharuddin Ab Razak di talian 019-3454565 atau talian 09-5716000 (Pejabat SPRM Negeri Pahang), atau emel kepada nasharuddin.razak@sprm.gov.my






