Pengarah syarikat kerugian RM10 juta terperdaya projek selenggara jalan

SEORANG pengarah syarikat mendakwa kerugian RM10 juta selepas diperdaya dalam urusan mendapatkan projek penyelenggaraan jalan raya di sebuah negeri di Pantai Timur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu kelmarin.

“Berdasarkan siasatan awal, pengadu mendakwa diperkenalkan kepada seorang individu yang menawarkan peluang kerjasama pada 2024 bagi mendapatkan projek penyelenggaraan jalan raya di sebuah negeri.

“Pengadu kemudian dipercayai membuat dua transaksi berjumlah RM10 juta ke akaun peribadi suspek. Pengadu turut mendakwa dijanjikan peluang kerjasama dalam projek berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Chang Hook berkata, selepas semakan dibuat pada 2025, pengadu mendapati projek yang ditawarkan itu tidak wujud.

“Pengadu kemudian cuba mendapatkan penjelasan daripada suspek.

“Namun, suspek berkenaan didakwa memberikan pelbagai alasan sebelum pengadu mengesyaki dirinya ditipu. Susulan itu, pengadu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, siasatan kes itu masih di peringkat awal dan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Lazimnya, siasatan kes jenayah komersial memerlukan dokumentasi yang lengkap serta rakaman percakapan saksi-saksi yang berkaitan sebelum sesuatu tangkapan dibuat.

“Langkah ini penting bagi memastikan pihak pendakwaan mempunyai keterangan dan bukti yang mencukupi untuk membuktikan kes terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) di mahkamah,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img