Lima calon PRN antara 8 digantung tauliah mengajar agama

SEBANYAK lapan individu termasuk lima calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah antara yang digantung sementara tauliah mengajar agama menerusi pemakluman Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini.

Selain lima calon terbabit, individu lain yang terlibat dalam penggantungan sementara itu ialah tiga ahli politik dan kesemua mereka daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Menurut JHEAINS, tauliah mengajar mereka digantung berkuat kuasa 18 Julai lalu sehingga satu notis pemberitahuan baharu dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Calon PRN melibatkan Nor Azman Mohamad (PH-Sikamat), Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Serting), Ahmad Shahir Mohd Shah (PH-Paroi), Abdul Fatah Zakaria (PN-Bagan Pinang) dan Umry Abdul Khois (PH-Pertang).

Manakala, tiga lagi ahli politik daripada PH Jaafar Muhammad, Jufitri Joha dan Muhammad Aqil Irfan Razali.

Surat itu turut mengarahkan semua pihak pengurusan masjid dan surau mengambil maklum serta memastikan arahan penggantungan dipatuhi sehingga notis baharu dikeluarkan.

“Kegagalan mematuhi arahan berkenaan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta syarat tauliah mengajar agama Negeri Sembilan,” kata JHEAINS.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img