Hanya persefahaman dengan PN, BN tak kan tubuh gabungan baharu

BARISAN Nasional (BN) tidak berhasrat membentuk gabungan politik baharu, sebaliknya menegaskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) adalah suatu bentuk persefahaman bagi menghadapi pilihan raya bersama.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, fokus utama adalah mencari titik persamaan antara BN dan PN dalam menghadapi pilihan raya, tanpa mewujudkan satu gabungan baharu yang melibatkan kedua-dua parti.

Kerjasama itu, katanya, bertujuan memastikan undi Melayu tidak terus berpecah sehingga memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

“BN tidak berhasrat untuk membentuk gabungan baharu. Apa yang dibincangkan ialah persefahaman supaya kita dapat masuk pilihan raya bersama dan mengelakkan undi Melayu terus berpecah.

“Saya tidak ada rasa ataupun ada jangkaan bahawa akan ada kolaborasi baru yang akan dilakukan oleh BN. Kita cuma mengadakan persefahaman untuk mengharungi pilihan raya ini,’’ katanya lapor FMT

Beliau berkata demikian  pada sidang media selepas menghadiri Program ‘Santai Bersama Tok Mat Hasan’ di DUN Chembong sempena PRN Negeri Sembilan.

Mohamad menambah, perpecahan undi Melayu sebelum ini menjadi antara cabaran utama yang perlu ditangani, justeru persefahaman antara BN dan PN dilihat sebagai satu langkah untuk mengurangkan pertembungan sesama sendiri.

Beliau berkata, keputusan mengenai bentuk kerjasama itu perlu mengambil kira kepentingan politik jangka panjang serta kestabilan negara menjelang pilihan raya akan datang.

Semalam  Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin mencadangkan supaya kerjasama PN dan BN dinamakan Perikatan Barisan Nasional (PBN) bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dalam PRN Negeri Sembilan, BN dan PN mencapai persefahaman apabila BN bertanding 25 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN manakala PN yang turut dianggotai Pas,MIPP dan Gerakan bertarung di 11 kerusi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img