Ayob Khan umum bersara mulai Ahad ini

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengumumkan akan bersara mulai Ahad ini selepas hampir 35 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, Ahad ini adalah hari terakhir beliau menyarung pakaian seragam PDRM selepas hampir tiga setengah dekad berbakti kepada pasukan keselamatan itu.

“Insya-Allah, Ahad ini adalah hari terakhir saya dalam pasukan selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama polis,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku biografinya, From Pendang to Bukit Aman: The Integrity Journey of Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Kuala Lumpur Golf & Country Club hari ini, lapor BH.

Ayob pernah menyandang beberapa jawatan penting, termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

Mengulas perancangannya selepas bersara, Ayob Khan berkata, beliau mungkin membuka restoran sehingga orang ramai berpeluang melihatnya dalam suasana yang berbeza.

“Nanti mungkin orang nampak saya pakai kain pelikat dan baju pagoda sambil menebar roti canai,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, keutamaannya adalah berehat terlebih dahulu selepas menamatkan perkhidmatan dalam PDRM.

“Saya ada menerima beberapa tawaran tetapi belum memikirkannya lagi. Insya-Allah, saya mahu berehat dahulu.

“Mungkin selepas ini akan ada sebuah lagi buku yang ditulis dengan lebih terperinci mengenai operasi-operasi yang pernah saya sertai dan boleh dikongsikan kepada masyarakat,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img