Polis temui dadah bernilai RM180,000 dalam MPV, tiga termasuk wanita ditahan

TIGA individu termasuk seorang wanita ditahan selepas  polis menjumpai dadah bernilai RM180,000 dalam kenderaaan pelbagai guna (MPV) mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan pasukannya dalam operasi di Sungai Bakau, Nibong Tebal malam tadi.

Katanya dalam satu kenyataan, terdapat tiga warga tempatan berusia antara 34 hingga 63 tahun dalam kenderaan MPV terbabit.

“Hasil pemeriksaan ke atas MPV menemui pelbagai jenis dadah disyaki Eramin 5 dianggarkan seberat 1,700 gram (g), 450g serbuk MDMA, 8g ketamin dan 1g heroin.

“Ketiga-tiga suspek turut didapati mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan ujian saringan awal air kencing mereka juga positif dadah,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1), Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jay January meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah supaya menghubungi hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di talian 012-20827222



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img