‘’Amiruddin pemimpin baik, BN mahu NS jadi lebih baik’’ – Zahid

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gesaan beliau supaya rakyat Negeri Sembilan menukar kerajaan negeri bukan bermakna beliau tidak menyukai Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebaliknya mahu menjadi negeri itu lebih baik.

Sambil menyifatkan Amiruddin sebagai seorang pemimpin yang baik, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau berharap rakyat Negeri Sembilan akan memberi peluang kepada parti itu.

“Dia pun macam keluarga saya juga. Tapi ini lain. Soal darah, soal satu kapal, soal lain. Tapi kita mahu Negeri Sembilan ini menjadi negeri lebih baik. Sebab itu saya mohon kepada rakyat Negeri Sembilan agar memberikan peluang kepada BN untuk mentadbir negeri ini demi membawa perubahan yang lebih baik,” katanya.

Dalam ucapan di Program Salam Agrikomoditi di Dataran Melang Kuala Pilah hari ini,  Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan Kerajaan Negeri Sembilan akan terus seiring dengan Kerajaan Persekutuan sekiranya BN diberi mandat mentadbir negeri tersebut.

Katanya, jika BN berjaya mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan, kerajaan negeri yang baharu akan terus menjalin kerjasama erat dan selaras dengan Kerajaan Persekutuan.

“Jika ada yang mengatakan kerajaan negeri mesti selaras dengan kerajaan Pusat, itu wajib. Tapi adakah kalau kita berhasrat untuk menukar kerajaan negeri, maka kerajaan baharu itu tidak selari dengan kerajaan Pusat?

“Saya memberi jaminan jika ditakdirkan Allah, kita tukar kerajaan Negeri Sembilan ini supaya lebih efisien, lebih berkesan dan saya akan pastikan kerajaan ‘biru’ terus memberi kerjasama dan selari dengan kerajaan Pusat,” katanya.

Ahmad Zahid  sekali lagi menegaskan bahawa gelombang biru yang bermula di Johor dan kini sedang merebak ke Negeri Sembilan bukan bermakna wujud sebarang perancangan untuk melakukan ‘tebuk atap’ terhadap Kerajaan Persekutuan.

“Kita tiada hasrat untuk ‘tebuk atap’, kita mendukung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga akhir penggal.

“Oleh sebab itu, kerajaan Pusat kita sokong, tapi kerajaan Negeri Sembilan kita tukar. Tapi itu bukan bermaksud kita benci, tapi mahu kerajaan negeri ini ditadbir oleh BN dengan lebih baik lagi,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img