‘’ Baru ‘talking stage’ dah kecoh. Belum kahwin lagi ni’’ – Amiruddin sindir BN-PN

KONTROVERSI kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Nor yang menyaksikan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berbalas kenyataan turut menarik perhatian Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam catatan di Theads, Pengarah  Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) itu, secara sinis berkata kerjasama BN-PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mula retak sebelum hari pengundian.

Amirudin memetik gesaan  Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar Sanusi tidak turun berkempen susulan kenyataan kontroversi  pada satu ceramah.

Pengerusi  PN Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kemudiannya menepis kenyataan Zahid, sambil menegaskan Sanusi bebas untuk berkempen menjelang tarikh pengundian pada 1 Ogos ini.

“Pernah nampak perkara ini berlaku waktu BN-PH berbagi kerusi (pada PRN lalu) untuk elak pertembungan? Baru ‘talking stage’ dah kecoh. Belum kahwin lagi ni,” katanya yang sebelum ini turut menjadi Pengarah Pilihan Raya PH di PRN Johor.

Hari ini Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, berkata persefahaman wujud pada PRN Negeri Sembilan tidak bermaksud BN menerima naratif politik mana-mana pihak atau menggadaikan prinsip dipegang sejak sekian lama.

“BN menolak dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman, mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia atau menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Selepas hampir tujuh dekad merdeka, politik memecah-belahkan rakyat mengikut asal usul kaum tidak mempunyai tempat dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Melalui persefahaman yang dibentuk antara BN-PN, BN bertanding di 25 kerusi daripada 36 kerusi manakala PN bertarung 11 kerusi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img