Pembantu kedai makan rugi RM170,000 diperdaya ‘pegawai polis’

SEORANG  pembantu kedai makan kerugian RM170,000 angkara terperdaya dengan individu menyamar ‘pegawai polis’ yang mendakwa dia terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa wanita berusia 51 tahun sebelum itu dihubungi suspek pada jam 10.24 pagi, 8 Julai lalu dengan menuduhnya terjebak dalam aktiviti haram itu.

‘’Suspek kemudiannya memperdayakan mangsa dengan memintanya membuat bayaran bagi tujuan siasatan. Disebabkan percaya dengan dakwaan suspek, mangsa melakukan 11 transaksi ke dalam lapan akuan berbeza disyaki “akaun mule” seperti mana diarahkannya.

“Bagaimanapun, mangsa mula tersedar sebelum bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, semalam,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img