RCI Tabung Haji: Mujahid dan Asyraf Wajdi bersyukur kebenaran terbukti

BEKAS Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kepada umum membuktikan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya tidak benar.

Katanya, beliau bersyukur kerana laporan berkenaan akhirnya dapat diakses orang ramai sekali gus menjelaskan keadaan sebenar berlaku ketika proses pemulihan dan penstrukturan semula Tabung Haji dilaksanakan sepanjang tempoh menerajui kementerian itu dari 2018 hingga 2020.

Beliau berkata, antara tuduhan yang sering dilemparkan ketika itu ialah dakwaan kononnya beliau menggadaikan aset umat Islam kepada bukan Islam, namun laporan RCI membuktikan dakwaan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

“Mereka juga menuduh saya sebagai menteri yang mengeluarkan hibah terendah tanpa mengetahui bahawa sebelumnya pada zaman Barisan Nasional (BN), Tabung Haji mengalami kerugian yang besar kerana mengeluarkan hibah tidak patuh undang-undang demi kepentingan politik sebagaimana yang dilaporkan.

“Hasil dari pemulihan yang kami lakukan pembayaran hibah patuh undang-undang telah meningkat dari serendah 1.25 peratus semasa awal pemulihan kepada hari ini yang mencecah 3.5 peratus. Itu adalah hasil kejayaan semasa pemulihan 2018-2020 dilaksanakan,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini .

SEMENTARA itu bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal ), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan kebenaran akhirnya terbukti dan memaklumkan Letter of Demand (LOD) terhadap individu didakwanya memfitnah beliau dalam isu Tabung Haji (TH) telah berjaya diserahkan.

Beliau turut memaklumkan tindakan saman berjumlah RM5 juta bakal diambil kepada individu terlibat.

Menurutnya, langkah itu dibuat selepas beliau mendakwa kebenaran mengenai isu berkenaan telah terbukti.

“Alhamdulillah kebenaran terbukti. Saman RM5 juta bakal menanti. LOD telahpun berjaya diserahkan kepada pemfitnah. Janji saya, Insya-Allah setiap sen wang ganti rugi akan diinfakkan kepada Yayasan Pelajaran Mara untuk manfaat pelajar miskin,” katanya dalam hantaran di Facebook



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img