Dua pelajar kolej ditahan bantu siasatan penemuan mayat bayi dengan kesan tikaman

POLIS menahan sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan pada kira-kira jam 1 tengah hari mengenai seorang pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom di Kluang kerana dipercayai baru melahirkan anak.

“Sebaik melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu telah menghubungi gurunya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu sudah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini, lapor Buletin TV3.

Ab Rahaman berkata, hasil siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar terlibat membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas bayi itu mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh bayi berkenaan namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

“Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun dipercayai teman lelaki kepada wanita tersebut bagi membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang hari ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img