Jenazah Allahyarham Ahmad Shah selamat tiba di KLIA

JENAZAH rakyat Malaysia, Allahyarham Ahmad Shah Ahmad Ros yang maut akibat ditikam dalam pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan Sabtu lalu, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 4 petang tadi.

Ketua Pemuda UMNO Selayang, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan yang menyelaraskan urusan membawa pulang jasad Allahyarham ke tanah air mengesahkan ketibaan jenazah itu.

“Sebentar tadi kapal terbang baru sahaja mendarat dan kita juga sedang menunggu waris yang akan tiba (menuntut jenazah).

“Kita berharap proses membawa keluar jenazah berjalan lancar dengan hendak-Nya,” katanya, lapor BH.

Menurut pengurusan jenazah yang dikongsi ahli keluarganya, jenazah Ahmad Shah dijadual tiba di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang pada jam 7.30 malam ini sebelum dikebumikan.

Allahyarham Ahmad Shah, 26, yang bekerja dalam sektor perkilangan di Korea Selatan sejak 2019, meninggal dunia di sebuah hospital di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian perut akibat ditikam ketika meleraikan pergaduhan.

Beliau dipercayai ditikam pada malam Sabtu, 25 Julai di Daeso-eup, Daerah Eumseong, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 pagi Ahad, 26 Julai akibat kecederaan yang dialami.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img